1.   Jangan  terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan   serta  mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
  
2.   Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan   kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua   perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak   sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.3.   Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada   dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap   perkara yang anda lakukan.
4.   Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang   pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan   biarkan masa menentukannya.
5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
6.   Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan   menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang  anda  hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas  kedua-dua  pihak.
7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
8.   Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang   dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang   sama itu.
9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.
13.   Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh  mengalami  sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan  tenang dan  cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.
14. Jangan fikir bahawa cita-cita dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
15.   Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan   sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika   anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda   sedih dan berkelakuan hilang sabar. 


0 komentar:
Posting Komentar